Century Circle Sdn Bhd (CCSB) ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda berpengalaman yang berkongsi minat mendalam dalam bidang media digital. Bermula sejak 2013 sebagai sebuah perniagaan enterprise, CCSB kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada Julai 2020. Bertekad untuk membina sebuah agensi media dan pemasaran digital bumiputera yang kompetitif, CCSB kini mengorak langkah membina identiti digital dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar. Dengan lebih 30 kakitangan berpengalaman, CCSB yakin dapat membantu dan membimbing pelanggan, seiring dengan komitmen kami mahu menjadi syarikat media digital kepercayaan pelanggan pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Di mana ada cabaran, di situ ada kemenangan. Bersama kita mendepani masa depan dengan berani, bermula dengan langkah pertama ke dalam dunia media digital bersama-sama “Menjangkau Informasi, Mengorak Inspirasi”, CCSB.